Kandang Kambing ZMFARM
Ladang kambing ZMFarm di Kota Tinggi
Kedai/Ofis ZMFarm di ICT Centre Masai, Masai

Ladang ZMFarm di Kota Tinggi, Johor

Alamat ladang dan pejabat ZMFarm

Ladang kami seluas 9¾ ekar bertempat di kawasan Kota Tinggi, Johor.

Pejabat kami pula bertempat di :

ZMFarm (sama tingkat dengan ICT CENTRE MASAI)
No 1 & 2, Bazar Masai, Jalan Bayan,
81750 Masai, Johor.

Tentang Perniagaan ZMFarm

Zinda Midori Farm @ ZMFarm (JM0632861-X) merupakan pengusaha bumiputera yang menjadi pembekal Kambing, Talapia, Walit, Gaharu, Durian Belanda dan Sayur-sayuran di Johor.

KAMBING
Kami menternak kambing dan juga bebiri untuk tujuan ibadah aqiqah, kenduri dan ibadah korban.
Kami menerima tempahan dan membuat penghantaran di kawasan Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru & Kota Tinggi.

Antara perkhidmatan berkenaan kambing yang kami sediakan ialah:

  1. Pembekalan pelbagai jenis baka kambing seperti boer, feral, bebiri dll (baka atau untuk sembelihan).
  2. Menyediakan kambing untuk tujuan aqiqah, korban, kenduri & BBQ termasuk dengan khidmat sembelihan dan lapah serta perkhidmatan katering.
  3. Menjual tinja kambing untuk dijadikan baja organik.
  4. Menjual dan membekal susu kambing segar dari ladang.
  5. Membantu dari segi khidmat nasihat kepada bakal penternak baru.
  6. Latihan & kursus dalam bidang penternakan kambing.

Diatas permintaan ramai, pihak kami turut membuat perkhidmatan pakej kambing aqiqah dan kambing golek.

Diantara pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  •     Kambing hidup
  •     Kambing yang telah dilapah tanpa dipotong
  •     Kambing yang telah dipotong mengikut saiz untuk dimasak
  •     Kambing yang dipotong secara BBQ (yang belum dipanggang – Carcass)
  •     Daging kambing yang siap dimasak mengikut pilihan pembeli
  •     Kambing BBQ yang siap dipanggang
  •     Kambing Frozen (Lamb & Mutton Sheep Meat dari Australia/NZealand)

Produk kami yang boleh didapatkan secara langsung di kedai kami seperti susu kambing asli, susu tepung kambing, durian belanda (beku) dan tablet susu kambing. Urusan yang lain seperti aqiqah dsbgnya, hendaklah dengan menghubungi:

  1. INDRAIKA : 013-778 9059 (whatsapp/telefon)

  2. IZINDA : 017-794 5364 (whatsapp/telefon)

Ikan: Tilapia dan Keli
Ladang Ternakan Zinda juga membekalkan ikan tilapia merah pelbagai saiz dan ikan keli.

Burung Walit
Kami juga mempunyai sarang burung walit.

Gaharu
Ladang kami juga menanam pelbagai jenis pokok gaharu.

Sayur-sayuran
Kami juga menanam pelbagai jenis sayuran di ladang kami. Dan pada setiap pagi hari jumaat, kami akan menjualnya di Pasartani, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Durian Belanda
Kami juga menanam dan menjual durian belanda. Durian belanda asli ini kami terus membuat pakej dan menyimpannya dalam freezer kami. Sila dapatkan di kedai kami di ICT Centre Masai.

Ayam dan Itik
Kami juga membela ayam dan itik hidup di ladang kami untuk dijual.

Kami juga menggalakkan peniaga lain untuk mendapatkan tempahan atau produk dari kami dengan menawarkan harga pembekal.

Sebarang pertanyaan, bolehlah secara langsung berhubung kami:

1. INDRAIKA : 013-778 9059 (whatsapp/telefon)

2. IZINDA : 017-794 5364 (whatsapp/telefon)

(Visited 2,038 times, 1 visits today)