Makan daging yang banyak kandungan proteinnya boleh mengurangi serapan gula ke otak. Namun, punca kebanyakan orang mengalami pening adalah disebabkan oleh kandungan zat tyramin dan zat besi yang terdapat dalam daging tersebut.

Tubuh badan kita sebenarnya memerlukan zat besi sebagai bahan untuk menghasilkan protein hemoglobin yang bertujuan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tapi kelebihan zat besi ini boleh jadi sedikit mudharat yang mengakibatkan pening dan sakit kepala.

Menurut National Poison Control Center, gejala yang biasanya muncul kerana kelebihan zat besi adalah pening, mual, lemah sakit kepala dan nafas pendek. Kelainan genetik yang disebut sebagai hemchromatosis juga boleh menyebabkan tubuh menghasilkan zat besi yang berlebihan.

Orang yang mempunyai kelainan genetik ini harus mengambil daging yang mempunyai zat besi yang rendah, tidak boleh mengambil suplemen zat besi atau melakukan penggantian darah (phlebotomy).

Zat Tyramin juga faktor kepada gejala kepala pening ini. Selain di daging merah, zat Tyramin ini boleh di dapati di dalam keju yang disimpan serta anggur merah. Gejala kepala pening ini biasanya muncul 12 jam selepas mengambil makanan-makanan tersebut.

(Visited 71 times, 1 visits today)