Sekitar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa kursus ternakan kambing berlangsung pada 13-14 Disember 2014.

Terima kasih kepada para peserta yang berjaya hadir ke kursus yang dianjurkan oleh syarikat kami.

Moga segala tunjuk ajar yang kami berikan dapat dimanfaatkan apabila anda mempunyai ternakan kambing sendiri.

Mohon maaf sekiranya ada terkurang daripada pihak kami. Pihak kami juga masih dalam proses pembelajaran dan sama-samalah kita belajar dan berkongsi pengalaman melalui kursus ini.

Terdapat juga beberapa peserta yang telah mempunyai ternakan sendiri turut berkongsi ilmu pengetahuan yang ada.

Kami ucapkan ribuan terima kasih juga kerana sudi bertukar-tukar ilmu kepada kami. Moga industri ternakan kambing ini dapat berkembang di negara kita.

Alhamdulillah dan terima kasih.

(Visited 33 times, 1 visits today)