Kacang bendi merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN  yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinanag. Kacang Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.

Kacang bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan siflis. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusa yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

(Visited 48 times, 1 visits today)