Kacang botol ialah tumbuhan kekacang tropika yang dikatakan berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh baik dalam iklim tropika. Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini.

Daun kacang botol boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata yang bengkak serta bisul dan kudis.
Daun ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul. Daun dan biji kacang botol dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser.
Manakala, akar direbus dan diminum untuk merawat pentakit vertigo(sakit kepala yang anda akan rasa seperti gerakan berputar atau melayang).

Khasiat Kacang Botol

-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
-mempunyai banyak protein.
-daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian.
-kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
-akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang            bernanah.
-daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

(Visited 76 times, 1 visits today)