Syarat Sah Korban:

  1. Binatang korban hendaknya tidak cacat. Seperti rosak matanya, sakit, kurus dan tidak berdaya.
  2. Bintang korban tidak mengandung.
  3. Binatang korban telah mencapai umur tertentu. Bagi kambing biri-biri telah berumur satu tahun lebih atau telah berganti gigi, Kambing telah berumur dua tahun lebih dan lembu atau kerbau telah berumur dua tahun lebih.
  4. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditentukan iaitu mulai terbit fajar tarikh 10 Dzulhijjah, sebaiknya setelah melaksanakan solat Aidil adha tanggal 10 Dzulhijjah sampai sebelum terbenam matahari  13 Dzulhijjah.

 

Sunnah-Sunnah Berkorban:

  1. Memilih binatang korban yang gemuk dan sihat.
  2. Mengikat binatang korban beberapa hari menjelang Aidiladha sebagai syi’ar
  3. Tidak memotong kuku dan bulu binatang korban sejak awal bulan Zulhijjah (lebih baik dibersihkan sahaja).
  4. Membaca basmallah ketika menyembelih haiwan korban (yang wajib adalah menyebut Nama Allah waktu menyembelih).
  5. Membaca selawat atas Nabi Muhammad SAW. dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  6. Membaca takbir.
  7. Berdoa supaya diterima korbannya.
  8. Melakukan penyembelihan korbannya dengan tangannya sendiri bagi lelaki, sedangkan bagi wanita mewakilkan kepada lelaki.
  9. Kalau penyembelihannya diwakilkan, orang yang berkorban harus menghadiri penyembelihan korbannya.
(Visited 37 times, 1 visits today)