Kambing teramat sangat cerdas dan suka ambil tahu. Ia juga amat terkoordinasi dan dikenali ramai kerana kebolehannya untuk memanjat dan mengimbangkan badan di tempat-tempat yang berbahaya sekali. Oleh itu, kambing adalah satu-satunya ruminan yang mampu memanjat pokok, walaupun pokok itu seharusnya cukup condong untuk dicapai. Disebabkan ketangkasan dan sifat ingin tahu ini, kambing digeruni kerana bolos dari kandang dengan menaiki pagar dan kurungan secara sengaja mahupun semata-mata kerana senang dipanjat. Jika pagar kambing dihamparkan, dilanggar, ataupun diatasi dengan apa jua cara, maka kambing sudah hampir tentu akan melarikan diri. Disebabkan kecerdasan tingginya, sebaik saja menemui kelemahan kurungan, seseekor kambing akan memanfaatkannya berulang-ulang, dan kambing-kambing lain akan memerhatikan dan cepat mempelajari cara yang sama itu.

Dengan sifat cerdas dan suka ingin tahu tersebut, kambing menduga apa-apa sahaja yang baru atau asing dalam persekitarannya, terutamanya dengan menyentuh dengan bibir atas dan lidahnya yang mencengkam. Oleh sebab itulah kambing menduga benda-benda seperti butang, pakaian dan sebagainya dengan menggigit ataupun memakan.

Kambing yang diurus secara berkawanan kurang cenderung untuk berkumpul berbanding biri-biri, malah jika meragut tanpa diganggu, kawanan kambing cenderung berpecah-belah ke serata padang atau lapangan daripada makan sebelah-menyebelah seperti biri-biri. Kambing yang menyusu membiarkan anaknya berjalan bebas daripada berapat-rapat seperti biri-biri. Kambing biasanya berpaling dan menghadap penceroboh, dan kambing jantan lebih berkemungkinan untuk menyerang atau menanduk manusia berbanding biri-biri jantan.

#zmfarm
#susukambingasli
#pakejkambing

(Visited 41 times, 1 visits today)