Tweet about this on TwitterPin on PinterestShare on LinkedInShare on Google+Email this to someoneShare on FacebookShare on VkontakteShare on Odnoklassniki
Read on Mobile

Dalam Sunnah Ada Kejayaan

Allah S.W.T telah meletakkan kejayaan bagi ummat ini dalam mengamalkan sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad): ” Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (surah Ali-Imran ayat 31)

Antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W adalah Baginda meminum susu kambing. Begitu banyak fadilat apabila kita menghidupkan  sunnah Baginda. Untuk itu, kita perlulah yakin dengan sunnah Baginda S.A.W dan amalkan apa yang Baginda telah amalkan. Antara kelebihan susu kambing mengikut kajian masa kini:

  • -Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
  • -Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
  • -Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
  • -Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
  • -Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
  • -Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
  • -Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
  • -Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Untuk dapat pahala mengamalkan sunnah, kita perlu amalkan segala sunnah Baginda bukan kerana hasil kajian masa kini tetapi kita hendaklah mengamalkan sunnah Baginda S.A.W dengan keyakinan terhadap keberkatan gaya hidup Baginda dan janji ganjaran diatas amalan tersebut dari Allah Baginda Rasulullah S.A.W.

(Visited 47 times, 1 visits today)

Related Post

Related Post

Cara Minum Susu Kambing Asli (Frozen/Beku) ZMFarm
(Visited 124 times, 1 visits today)